Perpaduan
Melayu dan rombakan kabinet: publisiti murahan diktator tua
Diktator tua
makin hari makin tidak duduk senang melihatkan dirinya yang sudah tidak mahu
diterima oleh rakyat marhaen. Dia berasa gelisah, risau, tidur tak lena dan
bimbang habis kerana kalau hal ini dibiarkan berterusan, lambat laun dia akan
mengikut jejak diktator-diktator lain di serata dunia yang telah dijatuhkan melalui
kuasa rakyat. Hampir kesemua orang Melayu menolak kepimpinan diktator tua begitu
juga dengan orang Cina yang dituduh tidak bersyukur kepada bantuan kerajaan juga
turut membencinya.
Memang menjadi kebiasaan kepada orang seperti diktator
tua yang sudah tidak mendapat tempat di hati rakyat marhaen berusaha mencari apa
jua jalan untuk meningkatkan kepopularannya. Ditambah pula dengan pengakuannya
yang bermuka tembok (tak tahu malu), pandai berpura-pura dan bakat
lakonannya yang lebih hebat daripada Estrada dan Ronald Reagan, lebih senang
baginya untuk mendekatkan diri kepada rakyat. Dia perlu buat begitu bagi
membuktikan kehadirannya di khalayak ramai yang dipaparkan di media mesin
propaganda masih disambut baik oleh rakyat marhaen.
Macam-macam cara yang
dilakukannya antaranya ialah menangis di khalayak ramai bagi mendapat simpati
penyokong totok Umno dalam perhimpunan UMNO. Apabila dia tahu cara ini tidak
berjaya, dia tidak berputus asa dan cari jalan lain. Diktator tua akur
kepimpinannya hanyalah menyusahkan umat di Malaysia dan kalau rakyat marhaen ada
pilihan, lebih baik dia berambus sahaja di muka bumi Malaysia, menyusahkan orang
aja. Diktator tua memang licik orangnya, dia dapat cari jalan yang baik iaitu dia
mahu menyatupadukan orang Melayu. Harapan diktator tua melalui perpaduan Melayu
ialah orang Melayu akan kembali ke Umno dan yang paling penting sekali ialah imej
dan popularitinya dapat dipulihkan. Dia mahu jadi hero orang Melayu. Dia mahu
orang Melayu mengagung-agungkan jasanya kepada orang Melayu. Dukacita dimaklumkan,
saya percaya orang Melayu tidak akan terpedaya dengan muslihat diktator tua. Orang
Melayu tidak akan masuk perangkap diktator tua malah keyakinan dan kepercayaan
kepada BA bertambah kuat. Ia adalah publisiti murahan diktator tua untuk
memulihkan imejnya yang tercalar teruk.
Rombakan kabinet, apa yang hendak
diheboh-hebohkan oleh melalui mesin propaganda? Bagi saya tiada apa yang hendak
diketahui. Tak kan kita tak tahu rombakan kabinet hanyalah salah satu cara
diktator tua cuba mengekalkan kekuasaannya yang semakin lemah. Tujuannya ialah
untuk menunjukkan diktator tua masih wujud, merupakan “orang penting” dalam
kerajaan Barisan Nasional dan tanpanya kerajaan tidak dapat berjalan dan
berfungsi. Itulah yang cuba dipaparkan oleh mesin propaganda yang ke hulu ke hilir
bagi mendapatkan berita sensasi mengenai rombakan kabinet daripada diktator tua.
Mesin propaganda sentiasa mencuba mendapatkan berita mutakhir mengenai rombakan kabinet. Ia memberitahu kepada kita diktator tua yang merupakan “barang” yang
tidak dikehendaki masih lagi bernilai. Masih lagi bernilai pada mesin propaganda,
ahli keluarga dan kroni-kroni sahaja.
Kalau anda perhatikan secara teliti
diktator tua sengaja menimbulkan pelbagai spekulasi bagi menunjukkan kehadirannya
dalam kerajaan masih diperlukan. Sedikit demi sedikit maklumat rombakan kabinet
diumumkan melalui mesin propaganda. Mula-mula dia menafikan adanya rombakan
kabinet. Sekembalinya dari Myanmar, dia mengesahkan rombakan kabinet akan dibuat.
Selepas itu dia enggan mengulas lebih lanjut mengenai hal ini. Selepas itu pula
rombakan kabinet akan dibuat sebelum hari raya Cina. Ia sengaja diatur bagi
menunjukkan rombakan kabinet merupakan satu berita atau perkara yang sangat
mustahak dan diktator merupakan orang yang penting bagi mesin propaganda mencari
bahan berita.
Mungkin sejak-sejak akhir ini, berita mengenai diktator tua
ini yang dipaparkan dalam mesin propaganda pada tanggapan rakyat semua berita
mengenainya adalah berita buruk, berita yang menyakitkan hati orang. Kemungkinan
juga diktator tua tidak senang dengan berita mengenai Pak Lah yang saya anggap
satu berita yang tidak sangat menyakitkan hati rakyat. Pak Lah cuba menonjolkan
dirinya dengan membuat kenyataan akhbar dan TV yang bersifat kesederhanaan.
Misalnya mengenai sandiwara Suqiu, Pak Lah bertindak sebagai orang tengah cuba
mententeramkan keadaan yang agak genting. Pak lah mengajak dan menasihat orang
ramai bersatu dan jangan lagi mengungkit lagi mengenai isu sensitif dan jika hal
ini tidak ditangani segera akan merumitkan lagi keadaan. Sikap Pak Lah dipuji oleh
ramai pihak. Perlu diingat helah Pak Lah ialah menjaga maruah kerajaan supaya
tidak tunduk kepada Suqiu tetapi apa yang kita perlu tahu ialah pendekatan Pak Lah
menangani isu Suqiu.
Maknanya rakyat akan lebih senang menerima kehadiran
Pak Lah jika dibandingkan dengan diktator tua. Pak lah bijak dan tidak mahu
terikut-ikut sangat perangai buruk diktator tua yang suka melatah, merapu dan
melalut dengan membuat kenyataan akhbar dan tv yang keterlaluan. Mungkin diktator
tua sedar pendekatannya yang agak keterlaluan memakan diri sendiri. Apa yang
membimbangkan baginya ialah populariti Pak Lah lebih menonjol daripadanya. Mahu
tak mahu dia terpaksa kurangkan melatah. Sudah terlambat baginya memperbaiki imej
yang sudah tidak boleh diperbetulkan lagi. Rakyat marhaen termasuk saya sudah
meluat melihat mukanya yang kuyu dan pucat. Rambutnya yang kusut, berserabut,
badannya yang kelihatan tidak bermaya dan tidak ingat apa yang mahu dikata melalui
kenyataan akhbar dan tv merupakan “body language” yang memberitahu kepada kita
yang dia berada dalam keadaan yang sangat susah hati, risau, gelabah dan bimbang
mengenai keadaan masa depannya yang gelap gelita. Bagi saya diktator tua tersengih
keseorangan kerana harapannya untuk mencari publisiti murahan yang dia dikerumuni
oleh wartawan dan dia berharap rombakan kabinet dapat memulihkan imejnya yang
tercalar hanyalah tinggal harapan. Diktator tua tidak akan dapat mengubah
tanggapan rakyat terhadapnya.
LTL
|
|